Wednesday, February 27, 2013


Alhamdulillah selesai majlis berkhatan Madrasah Hashimiah di Optimum Health, Bandar Baru, Petaling Jaya yang telah ditaja oleh Jovian Mandagie. 9 anak-anak Madrasah Hashimiah dipilih untuk berkhatan menggunakan teknologi baru menggunakan clamp iaitu Sunathrone. Menurut Dr. Tasron yang mengendalikan khatan ini, kaedah baru ini lebih bersih dan dapat mengelakkan dari berlakunya infeksi.

mendengar taklimat oleh Dr. Tasron

bersiap sedia sebelum berkhatan

proses berkhatan

selesai khatan
Ustaz Hashim pengetua Madrasah Hashimiah mengucapkan terima kasih kepada pihak Jovian Mandagie kerana memilih anak-anak yatim ini.

Sunday, January 6, 2013


Madrasah Hashimiah baru sahaja tamat penggal pertama kelas mereka. Hari ini murid-murid yang berjaya mendapat nombor satu, dua dan tiga diberi hadiah oleh pengetua, Ustaz Hashim berupa pensel warna dan alat tulis. Peperiksaan baru-baru ini menilai prestasi bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Myanmar, Matematik dan Sains.

antara anak-anak yang cemerlang

pemberian hadiah oleh guru mereka

ustaz Hashim memberikan hadiah

Add caption

Wednesday, July 4, 2012


Alhamdulillah pada 1 Julai 2012, Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah telah berjalan dengan lancar. Majlis ini berlangsung untuk meraikan kejayaan tiga anak murid madrasah yang telah berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran yang kesemuanya berumur dibawah 17 tahun. Setiap tahun, Madrasah Hashimiah melahirkan ramai Huffaz dari kalangan anak-anak yatim dan miskin pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya. Majlis ini juga meraikan kejayaan anak-anak madrasah dalam bidang akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Anak-anak Madrasah Hashimiah yang kini para Huffaz
barisan sukarelawan yang kebanyakannya merupakan pelajar dari Universiti Malaya
sukarelawan bersama Ustaz Hashim, pengetua Madrasah Hashimiah
sukarelawan bermesra dengan anak-anak Madrasah Hashimiah

Hampir 30 orang sukarelawan dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah turut serta bagi membantu menjayakan majlis penyampaian hadiah ini. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan dan sukarelawan yang telah bersama memastikan majlis penyampaian hadiah ini diadakan dengan jayanya. 


Thursday, April 26, 2012

Alhamdulillah, baru-baru ini Ustaz Hashim selaku pengetua dan pengasas Madrasah Hashimiah telah menerima tauliah mengajar al-Quran dan Tajwid dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Pengiktirafan ini cukup bermakna kerana Ustaz Hashim antara satu-satunya warga pelarian yang menerima pengiktirafan dari salah sebuah agensi kerajaan Malaysia. Ustaz Hashim juga giat mengajar golongan dewasa kelas al-Quran sebagai sumber pendapatan untuk menampung Madrasah Hashimiah.Madrasah Hashimiah ini menempatkan 165 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin dari komuniti pelarian Myanmar Muslim. 


Ustaz Hashim bersama tauliah yang diterimanya

Pada yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi ustaz Hashim di 019-2621671 atau pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Thursday, February 16, 2012

16 orang anak-anak Madrasah yang tamat Muqaddam


Pada 15 Februari 2012 yang lepas, Madrasah Hashimiah telah mengadakan Majlis tamat Muqaddam dengan 16 orang anak-anak Madrasah berjaya naik al-Quran selepas tamat pengajian Muqaddam dan Iqra. Waris anak-anak ini turut hadir bagi memberi sokongan kepada mereka. Turut hadir beberapa orang dermawan juga wakil dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi perangsang kepada anak-anak yang lain agar bersungguh-sungguh dalam pengajian Muqaddam dan seterusnya pengajian al-Quran dan Tahfiz.

bacaan surah pertama dalam al-Quran

Ustaz Hashim memberi penerangan kepada pelajar
Madrasah mengalu-alukan sumbangan dan tajaan bagi menampung keperluan Madrasah yang juga menempatkan anak-anak yatim dan miskin dan semuanya merupakan dari komuniti pelarian Myanmar Muslim.

Tuesday, January 31, 2012


Pertandingan Futsal Amal kembali lagi tahun ini dan pasukan futsal Madrasah Hashimiah insyaAllah akan turut serta untuk merebut kejuaraan Futsal Amal 2012. Latihan kembali bermula setiap petang dengan latihan stamina dan teknikal yang diketuai oleh sukarelawan Muslim Aid, en Rahman yang telah menjadi pengurus pasukan futsal Madrasah Hashimiah sejak tiga tahun lepas.

Pasukan futsal Madrasah Hashimiah memerlukan sumbangan untuk menjalani latihan serta persediaan untuk pertandingan futsal amal ini.

Antara keperluan yang diperlukan seperti
1- 10 helai jersi pasukan termasuk penjaga goal, anggaran RM500 (boleh meletak logo syarikat atau organisasi di hadapan jersi jika mahu)
2- Bola sepak dan bola futsal, anggaran sebiji bola RM80 (untuk latihan)
3- Kon bola sepak anggaran satu set kon RM50
4- 10 kasut futsal anggaran sepasang kasut RM100



 
anak-anak yatim Madrasah Hashimiah telah berdaftar untuk pertandingan Futsal Amal 2012

 

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”  ~ Riwayat Bukhari dan Muslim

Tuesday, July 19, 2011

InsyaAllah Madrasah Hashimiah akan mengadakan majlis penyampaian hadiah yang bertempat di hadapan Madrasah. Berikut adalah butirannya

Lokasi: Ruang tempat letak kereta Madrasah Hashimiah
Tarikh: 24 Julai 2011
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari

Madrasah Hashimiah mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk wang atau barangan bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin dari warga komuniti pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya. Hadiah boleh diberi dalam bentuk peralatan elektrik, alat tulis dan barang-barang kegunaan harian.

Hadiah dan sumbangan ini adalah untuk orang anak-anak yatim ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran serta kejayaan anak-anak yang lain dalam pembelajaran mereka di Madrasah Hashimiah. Untuk sebarang sumbangan, boleh hubungi pengetua Madrasah Hashimiah, Ustaz Hashim di 019-2621671. Untuk sumbangan yang inginkan pengecualian cukai, boleh hubungi saudara Muhammad dari Muslim Aid di 012-3377195.

Subscribe to donateforummah

Powered by us.groups.yahoo.com

Rumah Anak Yatim Rohingya

Rumah Anak Yatim Rohingya
madrasah